Assalamualaikum…bertemu
kembali mencoret selingkar cerita di musim cuti semesta 4 ini…
Dah hampir 5 tahun awak pergi
tapi rasa mcm baru je setiap saat yang berlalu…selalunya klu ada masalah mesti
teringat awak, bukan apa…saya x seharusnya mengeluh dengan masalah yang datang
tetapi saya patut bersyukur kerana Allah masih beri kesihatan yang baik untuk
saya sentiasa mensyukuri akan nikmat-Nya. Setiap kali terasa kehidupan ini
penuh dengan dugaan, saya selalu teringat ujian yang Allah berikan kepada awak
lebih berat dari itu. Ini bermakna Allah sayang hambaNya. Sye seharusnya berusaha, berdoa dengan penuh harapan serta
yakin setiap masalah yang hadir pasti ada jalan penyelesaiannya. Walaupun awak
jauh di sana, tetapi sye tetap rasakan yang awak setiasa dekat sebagai seorang
teman yang selalu menjadi fighter
sye.
Sebelum cuti semester ari tu,
sye ada paper killer..xtau nape tiba-tiba sye termimpikan awak. Mungkin itu
mainan tidur tapi xpernah sye termimpikan awak semenjak awak pergi jauh,
mungkin ini satu semangat untuk sye teruskan perjuang sebagai seorang hambaNya
untuk mencari keredhaan di dunia dan akhirat serta dapat berbakti kepada mak
dan abah walaupun xdapat membalas segala jasa mereka, cukuplah bagi saya untuk
membahagiakan mereka. Sye mimpi awak sambut sye sebagai seorang student baru di
sekolah awak dengan raut wajah yang sangat ceria seperti awak yang sye kenal
sebelum ini. Sye sentiasa panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar awak sentiasa
gembira di sana. 2.8.2012 nei genap la 5 tahun awak pergi....
No comments:
Post a Comment
cOretan T!nt@ seT!@...