Assalamualaikum….tiba-tiba
sye rajin mencoret cerita yang xtau la penting ke tidak…tetapi terasa untuk
diabadikan kerana sye insan yang lemah, jauh sekali untuk membuka aib sesiapa.
Hanya kepadaMu, Ya Allah tempat ku mengadu…. InsyaAllah.
Di
saat diriku diuji olehMu pasti ada hambaMu yang datang menyapa akan perkhabaran
diri ini, seolah-olah mengerti akan ujian yang sedang kuhadapi, tetapi tidak
sesekali diriku mengadu kepada manusia kerana mereka tidak dapat merasai ujian
yang kuhadapi (sebenarnya). Cukuplah kepadaMu ku berserah, ku mengadu, ku
berdoa agar ujian yang hadir dapat mematangkan diri ini serta sentiasa
memuhasabah akan khilaf diriku yang sangat kerdil di sisiMu.
Diriku sangat bersyukur dan
tidak sesekali menyesali akan apa yang terjadi seandainya ini yang terbaik
untuk diriku. Biarlah diriku hilang cinta dari hambaMu tidak sesekali aq hilang
cinta agung dariMu, Ya Allah. Semoga diriku terus kuat untuk menghadapi
ujian-ujian yang mendatang kerana ujian yang ku terima tidak sehebat ujian yang
kekasihMu (Muhammad S.A.W) terima ketika ingin menyampaikan dakwah kepada
umat-umatnya yang terdahulu.
Ujian yang hadir tanda kasih
sayang Allah kepada hambaNya, pasti ada hikmah disebalik perjalanan hidup yang
penuh cabaran ini. Diriku pasti akan setiap janji-janjiMu. (Allah xkan uji
seseorang, sekiranyanya hambaNya tidak mampu).
No comments:
Post a Comment
cOretan T!nt@ seT!@...