Friday 5 October 2012

Ukhwah persahabatan....

Assalamualaikum...

selamat malam, dalam kesibukan membuat jotter untuk lab esok, sempat lagi singgah untuk menjenguk kekasih hati yang dah lama tidak menerima coretan kenangan mahupun luahan hati...bukan untuk menagih simpati mahupun perhatian, cukup sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati...kerinduan itu hanya Allah yang tahu, di saat hati ini bercampur baur antara kesalahan sendiri jauh sekali hendak menyalahkan orang lain. Diri ini pasrah andai perasaan ini untuk menguji kekuatan dan ketabahan hati...rindu itu satu nikmat dariMu yang sangat berharga....di saat berjauhan dengan mak dan abah hanya doa kutitipkan agak insan-insan yang kusayangi hanya keranaMu, Ya Allah.... sentiasa di bawah rahmat kasih sayangMu, dan sentiasa sihat.

Apa yang sebenarnya ingin kutitipkan buat entry kali ini????  sangat sukar untuk ku luahkan apa yang terbuku dilubuk hatiku...hanya Allah yang tahu...

"Ya Allah, di KETIKA aku melakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"





"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ampunilah dosa sahabat-sahabatku, 
aku sayang semua sahabat, berikanlah Taufiq dan HidayahMu kepada mereka, 
mudahkan segala urusannya, murahkanlah rezekinya, 
kurniakanlah mereka keluarga yang bahagia bersama anak-anak yang soleh dan solehah
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, 
tanamkan perasaan kasih dan sayang aku kepada sahabat-sahabatku, 
dan tanamkan perasaan kasih dan sayang mereka kepadaku, 
agar kami saling mengasihi, 
Amin Ya Rabbal  a'lamin"

Alhamdulillah, cukup la duhulu setakat ini...InsyaAllah panjang umur kte berjumpa lagi :) wassalam.

Monday 9 July 2012

15 Anugerah Perempuan Yang Allah Berikan


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.” 
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah. from this link

7 Panduan Mengenali Wanita Dengan Melihat Cara Jalan

Wanita merupakan suatu ciptaan yang kompleks dan untuk mengenali wanita kita perlu melihat dari pelbagai sudut. Walaupun banyak tips dan petua untuk mengenal wanita dari yang paling senang hendak ditafsir hinggalah kepada yang rumit.

Berikut merupakan salah satu panduan dalam mengenali wanita. Yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu kaum lelaki terutamnya ketika mencari calon isteri.

7 Panduan Mengenali Wanita Dari Cara Jalan:



1.Kelihatan seperti tidak memijak tanah ketika berjalan
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering menoleh ke kanan and kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka menunduk ketika berjalan
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan.Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan menatap lurus ke depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan bergerak ke kanan dan kiri ketika berjalan
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan nampak tegak ketika berjalan
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.


Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agak berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan.sekian.from this link

13 Perkara Wanita Perlu Jaga


1. Bulu kening

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.


2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng

Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah


3. Wangian

Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.


4. Dada

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


6. Muka dan leher

Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7. Muka dan Tangan

Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.


8. Tangan

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata

Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.



10. Mulut (suara)

Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.



11. Kemaluan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.



12. Pakaian

Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.



Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.from this link

Saturday 30 June 2012

Brownies vs Trifle


Assalamu’alaikum…
Seronok plk cuti-cuti nei memasak je….tapi lagi best sebab ada org tukang makan hahahha. Malam nei excited nak beli bahan untuk buat pudding trifle untuk adik…ceritanya bermula di sini,

Situasi 1:- Beli barang di Grand Union
Ambil susu, tepung kastard, koktail dan jeli. Selepas itu, g dekat tempat frozen Nampak cheddar cheese, dalam hati  (nei ke cream cheese). Lagi pun  dah banyak kali tengok cheese tu…(harap-harap betol la cream cheese), sbb nak buat cheese cake sangat-sangat. Then Nampak tepung segera brownies cake (terus teringat nak buat brownies cheese cake. Wah, bunyi macam sedap je hahahaha….

Situasi 2:- Mak tanya nak buat apa tu?
Saya        : saje-saje je…
Mak         : cakap la…
Saya        : ala…nak buat cake, tapi x tau bila nak buat, saje je beli bahan dulu.
Mak         : buat la malam nei, esok ada pertandingan buat cake, nanti mak hantarkan…
Saya        : ye ke? Ok, nanti ‘sye’ buat malam nei (excited betol)…
                  Rasa xtau lagi macam nei hahhaha
Mak         : esok ada banyak pertandingan, buat agar-agar pun ada…
Saya        : agar-agar? Mak hantar la pudding nei…
Mak         : boleh ke? Nei pudding bukan agar-agar…
Saya        : xpe la nanti kte tukar nama pudding nei jadi agar-agat trifle…hahhahah
Mak         : ok, dah siap letak dalam bekas yang cantik. Mak tetiba kte xyah la…
Saya        : hantar je la…dah buatkan…
Mak         : emmmm…ye la.

Situasi 3:- brownies cheese yang sebenarnye dibuat untuk pertandingan esok apa cerita???
Saya        : xyah la mak…menang tanpa bertanding da hahhaha
Mak         : ahhahah…mmg pun.
Saya        : emmm….bau hangit la mak..
Mak         : potong sikit nak rasa…emmm, x hangit la nei lebih masak je…
Saya        : hahahaha…(gelak besar) lain ke mak maksudnya????
                 Saje je kan nk jaga hati wa3….xleh ganti chef Jo dalam masterchef nei….

Terharu tiap-tiap kali sye masak walaupun x sedap hahahha…mak tetap makan (penuh selera mcm sedap je tp sye rase x la sedap mana hahaha). Sye x suka makan tapi suka tengok orang makan.

Situasi 4 :- Pagi esok nak bawa ‘agar-agar trifle’ di pertandingan Kempen Kesihatan bersama orang
            kampung di Sekolah Rendah Sungai Rawang.
Mak         : xyah bawa la ti…xde orang nak pegang nnt tumpah plk..
Saya        : ala…bawa je la, meh ‘sye’ cover dengan plastic tutup makanan.
Mak         : ye la….
nei la gambaran agar-agarnya....

Dalam pukul 12.00 tengah hari mk call…

Saya        : hello, assalamu’alaikum…
Mak         : wa’alaikumussalam..ti agar-agar hang dapat no 2…hahahha
Saya        : agar-agar ‘sye’ plk…mak punya la….hahahha
Mak         : hang punya la…
Saya        : dapat hadiah apa mak???
Mak         : dapat la baju raya sepasang lagi hahahhah….
Saya        : macam nak gelak besar je.. xsia-sia sye suruh mak bawa td,
                  klu x mesti menyesal td hahahhaha….

Selesai la cerita brownies vs trifle hahah…esok  mak ajak buat pizza plk hehehehe…SERONOKNYA!!!!!
Sebelum tu tadi mak balik dari sekolah bawa serbuk jelly kelapa maknanya suruh sye wat jelly kelapa la petang nei….tp peti penuh da ngan dessert yang x habis lagi…hohoho.
Wa’alaikumussalam….

Friday 29 June 2012

Mimpi....


Assalamualaikum…bertemu kembali mencoret selingkar cerita di musim cuti semesta 4 ini…

Dah hampir 5 tahun awak pergi tapi rasa mcm baru je setiap saat yang berlalu…selalunya klu ada masalah mesti teringat awak, bukan apa…saya x seharusnya mengeluh dengan masalah yang datang tetapi saya patut bersyukur kerana Allah masih beri kesihatan yang baik untuk saya sentiasa mensyukuri akan nikmat-Nya. Setiap kali terasa kehidupan ini penuh dengan dugaan, saya selalu teringat ujian yang Allah berikan kepada awak lebih berat dari itu. Ini bermakna Allah sayang hambaNya. Sye seharusnya  berusaha, berdoa dengan penuh harapan serta yakin setiap masalah yang hadir pasti ada jalan penyelesaiannya. Walaupun awak jauh di sana, tetapi sye tetap rasakan yang awak setiasa dekat sebagai seorang teman yang selalu menjadi fighter sye.

Sebelum cuti semester ari tu, sye ada paper killer..xtau nape tiba-tiba sye termimpikan awak. Mungkin itu mainan tidur tapi xpernah sye termimpikan awak semenjak awak pergi jauh, mungkin ini satu semangat untuk sye teruskan perjuang sebagai seorang hambaNya untuk mencari keredhaan di dunia dan akhirat serta dapat berbakti kepada mak dan abah walaupun xdapat membalas segala jasa mereka, cukuplah bagi saya untuk membahagiakan mereka. Sye mimpi awak sambut sye sebagai seorang student baru di sekolah awak dengan raut wajah yang sangat ceria seperti awak yang sye kenal sebelum ini. Sye sentiasa panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar awak sentiasa gembira di sana. 2.8.2012 nei genap la 5 tahun awak pergi....

Sekian, sahaja terima kasih kerana sudi menjengah sebentar melihat nukilan yang x seberapa ini. Berjumpa lagi di entry yang seterusnya. Wassalam.

HambaMu yang lemah....


Assalamualaikum….tiba-tiba sye rajin mencoret cerita yang xtau la penting ke tidak…tetapi terasa untuk diabadikan kerana sye insan yang lemah, jauh sekali untuk membuka aib sesiapa. Hanya kepadaMu, Ya Allah tempat ku mengadu…. InsyaAllah.


     Di saat diriku diuji olehMu pasti ada hambaMu yang datang menyapa akan perkhabaran diri ini, seolah-olah mengerti akan ujian yang sedang kuhadapi, tetapi tidak sesekali diriku mengadu kepada manusia kerana mereka tidak dapat merasai ujian yang kuhadapi (sebenarnya). Cukuplah kepadaMu ku berserah, ku mengadu, ku berdoa agar ujian yang hadir dapat mematangkan diri ini serta sentiasa memuhasabah akan khilaf diriku yang sangat kerdil di sisiMu.

Diriku sangat bersyukur dan tidak sesekali menyesali akan apa yang terjadi seandainya ini yang terbaik untuk diriku. Biarlah diriku hilang cinta dari hambaMu tidak sesekali aq hilang cinta agung dariMu, Ya Allah. Semoga diriku terus kuat untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang kerana ujian yang ku terima tidak sehebat ujian yang kekasihMu (Muhammad S.A.W) terima ketika ingin menyampaikan dakwah kepada umat-umatnya yang terdahulu.


Ujian yang hadir tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya, pasti ada hikmah disebalik perjalanan hidup yang penuh cabaran ini. Diriku pasti akan setiap janji-janjiMu. (Allah xkan uji seseorang, sekiranyanya hambaNya tidak mampu).

Sekian, entry kali ini…bertemu kembali. InsyaAllah. Wassalam.