selamat malam, dalam kesibukan membuat jotter untuk lab esok, sempat lagi singgah untuk menjenguk kekasih hati yang dah lama tidak menerima coretan kenangan mahupun luahan hati...bukan untuk menagih simpati mahupun perhatian, cukup sekadar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati...kerinduan itu hanya Allah yang tahu, di saat hati ini bercampur baur antara kesalahan sendiri jauh sekali hendak menyalahkan orang lain. Diri ini pasrah andai perasaan ini untuk menguji kekuatan dan ketabahan hati...rindu itu satu nikmat dariMu yang sangat berharga....di saat berjauhan dengan mak dan abah hanya doa kutitipkan agak insan-insan yang kusayangi hanya keranaMu, Ya Allah.... sentiasa di bawah rahmat kasih sayangMu, dan sentiasa sihat.
Apa yang sebenarnya ingin kutitipkan buat entry kali ini???? sangat sukar untuk ku luahkan apa yang terbuku dilubuk hatiku...hanya Allah yang tahu...
"Ya Allah, di KETIKA aku melakukan kesalahan kepada orang lain, anugerahkanlah KEKUATAN untuk meminta kemaafan, manakala di waktu orang melakukan kesalahan kepadaku, anugerahkanku KEKUATAN memberi kemaafan"
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ampunilah dosa sahabat-sahabatku,
aku sayang semua sahabat, berikanlah Taufiq dan HidayahMu kepada mereka,
mudahkan segala urusannya, murahkanlah rezekinya,
kurniakanlah mereka keluarga yang bahagia bersama anak-anak yang soleh dan solehah
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
tanamkan perasaan kasih dan sayang aku kepada sahabat-sahabatku,
dan tanamkan perasaan kasih dan sayang mereka kepadaku,
agar kami saling mengasihi,
Amin Ya Rabbal a'lamin"
Alhamdulillah, cukup la duhulu setakat ini...InsyaAllah panjang umur kte berjumpa lagi :) wassalam.